...::foLLoweRs::...
Monday, February 07, 2011
mungkinkah jiwaku kembali tenang???
Mana mungkin aku dapat mengelakkan daripada menerima ujian, kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu aku lakukan hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu dengan penuh rasa bersabar, juga disertakan dgn doa2 yg tak putus2
There's a quote say: "We can’t direct the wind but we can adjust our sail" – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Tapi untuk kesekian kalinya aku masih bingung...kemana harus aku kemudikan pelayaran ini, terlalu lama bahtera ini dilayarkan tanpa sebarang tujuan, atau tujuan yg tidak kesampaian. Apakah bahtera ini mampu aku awasi supaya tidak tenggelam dilambung ombak yg akhir2 ini sangat dahsyat...hermmmmm entahlah.
Acap kali aku memanjatkan doa buat Allah SWT, namun aku masih bingung, jiwaku dan hatiku tetap tak tenang...pasti ada hikmahnya atas segala dugaan yang bertimpa2 ini...
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Ya Allah Ya TuhanKu...semoga Engkau sentiasa memberi petunjuk kepada hambaMu ini, semoga Engkau tetapkan keimananku, semoga Engkau memberi keberkatanMu di dalam keluargaku...dan semoga aku memperoleh ketenangan hati & jiwa serta kebahagian di dalam rumahtangga yg telah aku bini sejak 11 tahun yg lalu...amin ya rabbal a'lamin!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comments;