..::AiN d'HeArTy::..

...::foLLoweRs::...

Thursday, May 26, 2011

“Apabila di jemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”


Adapun, menghadiri jemputan adalah sunat selagi kenduri tersebut tidak menyalahi syara’ (syariat Islam), maka waktu tersebut di galakkan menghadiri jemputan. Dan jika tidak mampu menghadirinya, hendaklah terlebih dahulu memohon kemaafan kepada tuan punya kenduri tersebut dan janganlah berjanji jika tidak mampu datang kerana memungkiri janji itu adalah tanda-tanda munafiq dan memutuskan silaturrahim sesama orang yang telah mendirikan kenduri tersebut.

Malah, ada ulama mengatakan wajib menghadirinya sekiranya tiada halangan untuk hadir ke majlis tersebut berdasarkan riwayat Imam Bukhari daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah bersabda :

“Apabila di jemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”.

Di dalam hadith yang lain riwayat Bukhari juga daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda :

“Sesiapa tinggalkan jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul”

Pendapat ulama yang lain ialah menghadiri jemputan kenduri kahwin adalah fardhu kifayah. Ertinya jika salah seorang saudara muslim kita hadir, maka gugurlah dosa muslimin yang lain. Ini adalah berlaku ketika kita di jemput secara khusus.

Adapun, sekiranya jemputan itu secara umum (tidak dikhususkan kita) tanpa di tentukan orangnya ataupun kumpulan, maka tidak wajib dan tidak pula sunat seperti contoh orang yang menjemput mengatakan : “Wahai sekalian manusia, jemputlah datang ke majlis kenduri kahwin saya” atau mengatakan “jemputlah sesiapa yang engkau jumpa” tanpa menentukan orang yang dijemput . Ini juga pernah di lakukan oleh Rasulullah. Anas menceritakan dengan berkata : Ketika Rasulullah berkahwin dengan Ummu Sulaim, maka beliau (Ummu Sulaim) pergi kepada beliau dan berkata “Jemputlah fulan, dan fulan dan sesiapa yang engkau jumpa”. Maka aku (Anas) mencari orang yang ingin di jemputnya serta orang yang aku jumpa” [Riwayat Muslim]

Dan kenduri yang dibenci oleh Islam ialah menentukan jemputan hanya kepada orang yang kaya tanpa melibatkan orang fakir miskin. Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda

“Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin itu dihalangnya orang yang mahu datang dan memanggil orang yang enggan datang. Dan barangsiapa yang tidak menghadiri jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya “

[Riwayat Muslim]

Wallahua’lam..

7 comments:

  1. SELAMAT PENGANTIN BARU..
    Zamre Bin Ab. Wahab

    ReplyDelete
  2. salam...ingat-mengingati amalan mulia, thanx for sharing

    ReplyDelete
  3. ......Tetapi jika pengantin nya tidak menutup auratnya, siapakah yang menanggung dosanya. http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. jom join bloglist...
    http://norliza989.blogspot.com/2011/05/jom-join-bloglist-belogfarr.html

    jgn lupa mention sy sbg referrer

    ReplyDelete
  5. menghadiri jmputan kenduri mmg perlu.. dan ianya harus.. tapi ada syaratnya...

    -x de pghalang/beza antara pangkat. mean, org kaya or org miskin boleh dtg n makan sama.. bukan dgn asingkan meja.. (vip meja mewah, org biasa makan pon cedok sendiri, meja pon nak roboh)

    -x de maksiat.. maknenya, pengasingan lelaki n perempuan... buat khemah berbeza..

    -x de hiburan melampau.. no konsert2... x de lagu2 yg lagha'. kugiran2 jalanan, karaoke memekak...

    -x de makanan2 haram spt arak

    -bertepatan dgn agama.. mean, pengantin kene la tutup aurat..

    hadir jemputan kawen ni dapat pahala, tapi silap2 boleh jd makruh n haram.. dan kita boleh boikot kenduri2 yg mmg x bertepatan dgn agama nih...

    -wink :)

    ReplyDelete
  6. This is very nice informational blog..very helpful. Don't forget to visit my blog too digitalcamerasreviewz Thank you :)

    ReplyDelete
  7. sy stuju..kdg2 x dpt memenuhi jemputn atas sabab yg x dpt dielakkan..

    ReplyDelete

comments;