..::AiN d'HeArTy::..

...::foLLoweRs::...

Thursday, September 07, 2006

SEKOLAH SRI PINTAR

PENGENALAN
Sekolah Sri.Pintar Shah Alam diurus oleh Stirling Consulting Group Sdn Bhd. Sekolah ini telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu dan bermula pada tahun 1999. Pengambilan pelajar telah bermula dengan kumpulan pelajar pertama Tahun 1 seramai 50 orang. Setelah 5 tahun beroperasi dan memasuki tahun ke-6, Sekolah Sri.Pintar kini mempunyai hampir 200 orang pelajar terdiri dari pelajar Pra 5 dan 6 tahun, pelajar tahun satu hingga tahun 6, dengan purata 25 orang pelajar setiap peringkat umur dan kelas.
Sejak dari permulaan operasi, Stirling Consulting Group telah menyewa 2 lot bangunan rumah kedai tiga tingkat di alamat No 22 – 24, Jalan F7/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Melalui pengurusan berkesan, perbelanjaan berhemat dan pendekatan pendidikan yang unik, Sekolah Sri.Pintar dapat berdaya saing walaupun hanya bergantung kepada yuran perbelanjaan dari murid-murid dan suntikan modal Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang juga Ahli Lembaga Pengelola sekolah.


FALSAFAH PENDIDIKAN
Sekolah Sri.Pintar, Shah Alam ditubuhkan dengan falsafah pendidikan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, berdaya saing, berdaya maju dalam bidang akademik, agama dan teknologi maklumat serta mempunyai jati diri yang mantap dan berketerampilan

VISI
Menerajui Pendidikan Islam Pintar

MISI
Melahirkan pelajar yang pintar pelbagai cabang Ilmu, dan sedia beramal untuk agama, bangsa dan negara

OBJEKTIF PENUBUHAN
Menguasai dan meletakkan al-Quran sebagai tunggak ilmu pengetahuan
Melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu akademik, agama dan teknologi maklumat
Menzahirkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amal Islami
Membentuk minda pelajar dengan peradaban Islam dan akhlak mulia
Merintis metod-metod baru pendidikan seiring dengan dasar pendidikan negara dan setanding dengan perkembangan pendidikan bertaraf dunia


I have been thinking of this school for Irdina. But the problem is, it is too expensive.
Fees per mth RM280.00. But starting gedebak-gedebuk around RM2k (sumber bini boss, K.Ita). Mana nak cekau. Alamat nyer the safest way Sek Ren Goment.???

1 comment:

  1. sbenaqnyer...skolah goment nie pn apa kurang hebatnye skang nie..
    tp tak tekankn agama laa..utk tu kena antaq skolah agama lah..
    nk di bandingkn student private school n goment school...mmg menang kat student goment school,
    dh ader cth. anak WAK ngan AMAR
    lain lah international school

    ReplyDelete

comments;