..::AiN d'HeArTy::..

...::foLLoweRs::...

Friday, January 19, 2007

seLamaT meNyamBut mAaL hiJrah...

semoga kita semua berhijrah ke satu tahap yang lebih baik dari semalam...

DOA AKHIR & AWAL TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Alhamdulillah, kita semua masih diberi limpahan nikmat untuk mengisi kehidupan di tahun 1428H ini.

Untuk iman kita hidup,
Kerana iman kita berjuang,
Dalam iman kita berharap kembali.

Ada banyak hal yang perlu diselesaikan.
Ada setumpuk amanah yang harus dipenuhi.
Ada segunduk cita yang mesti dicapai.
Berharap tahun ini hidup dapat diisi dengan lebih baik.

Semoga dengan usaha kita ini, kita semua dilindungi Allat s.w.t dari kejahatan syaitan hendaknya...amin ya rabbal a'lamin...

No comments:

Post a Comment

comments;