..::AiN d'HeArTy::..

...::foLLoweRs::...

Wednesday, September 27, 2006

dRaWing


Excited sgt Irdina bila MAMA ask her to draw her picture with her very beloved cousin ...DANILO!
Tapi yg heran nya, dulu depa masa kecik2 tak buleh jumpa mesti gaduh. Ya la masing2 tak dak adik.
So bila jumpa ja Danial buli Dina. Danial suka gaduh ngan Dina. Besa la budak2. Tapi dah besarq ni kamcing habih, bila habarq nak jumpa Danial ja, melompat keseronokkn. Macam tak jumpa setaun.
Now, Darwisy ngan Kimie lak yg suka gaduh, tapi budak2 cepat berubah. Sampai kadang2 kita tak sedarq depa dah besarq dah.

Bila dah remaja nanti kita tgkkn depa mesti malu2 kucing plak. HEHEHE!

But one thing that i realize about Irdina is she really love drawing. Kalau kasi drawing book kejap jer dia habiskan. Walaupun drawing nya tak secantik mana, and conteng yang lebih, tapi OK la sebab dia ada hobby yg tersendiri.
One thing to say Irdina MAMA sayangkan Irdina.....

Monday, September 25, 2006

coNgrat tO diNa - 1st tRiaL


Nampaknyer dina berjaya mengharungi hari pertamanya. first time ever.
Sebelum ni x pernah lg dia try, tapi semlm setelah diberi sedikit motivasi, kalau complete dpt RM1.00. Semangat berkobar2 bila PAPA dia nk tambah lg RM1.00.
Pulak tu mmg dia nk kumpul duit sbb PAPA ckp kalau kakak ada duit buleh beli TV nk psg dlm keta.
Masa jam dah pukul 6ptg dia dah start dok tanya bila nk berbuka. Actually dia dh laparq sgt. Tapi dok ckp ngan dia sabarq sbb dah dekat. Bila dah pukul 6.45, she's really can't stand. Dok pujuk sampai letih nak bagitau brp min time nak bukak.
But at last she complete her very first day.....CONGRATULATION.
Tapi mmg dugaan buat dina sbb semlm we went back to Tanjung Karang berbuka kat sana. So, budak2 semua x posa. Jadi dok makan depan dia. Tapi she really can undertake that.
Semalam Kak Long yg plan aturcara berbuka so resipi pun dibawa oleh kak long yg tgh sarat mengandung.
Resipi kami semlm; Gulai Lemak Cili Api Nenas Ikan Kering, Sambal Hati Ayam bersama kentang, Kerabu Pucuk Paku, Cucur Pisang, dan tak lupa Putu Mayam(ayah beli). Air; Kepala Muda.
Hui mmg menyelerakan. Kenyang giler.
So, harap2 dpt balik berbuka kat Alor Setar gaks, sbb kat sana Mak masak lagi sedap (tak leh celen la). apa tah lg karipap gulung mak yg istimewa.

Thursday, September 21, 2006

saLaM raMadHan


Seronok nyer RAMADHAN around the corner, so, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua sedara se-islam. Apa2 pun pasti seronok sbb inilah bulan umat Nabi Muhammad S.A.W. Jadi beringatlah jgn ler berbelanja terlebih kalau suka menyinggah kat Pasar Malam. Kdg2 kita ni tamak haloba, beli yg bkn2. Then x habih, ish ish rugi jer. Lagipun thn ni brg2 byk yg naik (as usual ler), so baik simpan duit tur utk Hari Raya. Jgn beli mknan kat luar, msk lg bagus.

Cakap pasal mkanan ni, tak sabar nk tunggu esok sbb kitaorg para muslimah kat LWSB nk buat sambutan al-mubarak ni kat office. Mcm x caya lak kitaorg dpt organize benda ni. So, dlm cadangan tu sempena Hari Bacaan Iqra' kitaorg nk mintak Ustaz buat doa selamat, then pasti ada mkn2 ler. Siti (Farik) nk contribute Pulut Kuning with Kari Ayam, Kak Lynn contribute Roti Jala, Nurul maybe (depend pd chef katanya) Kek Batik and i nk contribute Kuih Keria, Kuih Cara & Puding Jagung Custard.
Eeee, tu yg buat x sabarnye. Sbb nk mkn ramai2...
Lepaih mkn baru baca Iqra', tak tau ler larat ker tak. Tp yg pasti on 2nd section org akan berkurang. He he he!
Apa2 pun semoga semua mendapat barkah di bulan mulia nie. AMINNNNNN!!

PESAN ROH KEPADA MANUSIA


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

TALKIN KUBUR - Menginsafkan Sesiapa Yg Mendengar

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamuada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa SEnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu,iaitu Mungkar dan Nakir,maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku,Baitullah itu kiblatku,malahan solah lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkanzakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah MUHAMMAD DUR RASULULLAH "
.Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa SE nya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa SE nya hari Kiamat tetap akan adanya,begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang didalam kubur.Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.

Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.Al-Fatihah..Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Tuesday, September 19, 2006

KEINSAFAN.....

Terkejut yg amat sgt bila dpt news yg Pak Ngah (sebelah Mak) meninggal, INNALILLAH HIWAINNA ILLAIHIROJIUN. Tak tahu apa punca nyer. Kemungkinan besar serangan sakit jantung. Somehow, AL-Fatihah buat Allahyarham Abdul Afeef. Takziah buat seluruh keluarga.

Sepanjang perjlnan berbagai dugaan yg dtg, ye lah nk ziarah org meninggal mmg ada cubaan gaks.
Sugul bebenor muka Mak Ngah, sampai bengkak2 mata, bergenang aje air mata tatkala sesiapa pun bersalaman ngan dia. Sedih benar tengok muka mak ngah. Entah apa yg nk di buat bg meneruskn perjlnan hidup ngan anak2. Dah ler dia x bekerja. Sebelum nie harapkn arwah jer (Cikgu Besarq).

Sebab kami dh terlewat tiba, so i decided to send arwah kat kubur. Teringat lak nk tunggu dgr Tok Imam bacakn TALKIN. Bila ja dgr, betul2 sedih dan takut. Tapi kematian itu benar.....kita harus tahu yg setiap seseorg pasti akan mati suatu hari nanti. So harus lah kita sedar untuk sentiasa berjaga2 dengan ilmu akhirat agar kita selamat di akhirat kelak. Benar2 keinsafan itu dtg bila melihatkan arwah pergi tanpa sebarang tanda atau sakit.

Maka kita harus sedar dan menyedarkan antara sesama ISLAM, insyaAllah.
Tak lama lagi Ramadhan akan tiba. Maka bulan ibadah ni harus la kita manafaatkan utk beribadat pada Allah s.w.t. Selamat BERPUASA pada sesama ISLAM. Semoga mendapat NUR di bulan mulia ini. AMIN.
Bukti Keagungan & Kekuasaan Allah
Sesungguhnya tidak ada kehidupan yang kekal abadi di dunia ini. Kehidupan manusia di muka bumi ini hanyalah sementara. Akhirat jua tempat tinggal yang kekal abadi. Sebagai umat Nabi Muhammad, kita sentiasa terpelihara dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Sebagaimana kita sedia maklum, Nabi Muhammad adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah untuk seluruh umat manusia. Tiada lagi nabi yang diutuskan selepas baginda. Selepas kewafatan baginda, bermulalah era akhir zaman dimana dunia akan mengalami kehancuran. Terdapat pelbagai tanda yang telah diturunkan oleh Allah SWT sebagai tanda dunia telah berada di ambang kiamat.

Thursday, September 14, 2006

SPW, MAA Assurance

Semalam cuti lagi, ada SPW (Sales Presentation Workshop) at MAA, Klang. It's a good Workshop for a Consultant like my self. Its able to brush-up and education we as a Consultant. Berkobar2 la plak bila attend course mcm nie. But then, I'm too busy with my family and career. Somehow i love doing insurance b'coz its in line with my heart; whereby i love helping people.
Insurance is all about helping people to save for their future and providing a sum to protect themselves when they have no income provider. So, no doubt it is important nowadays to have insurance. Moreover, nowadays Statistic shows that accident rate and chronic desease in Malaysia increased and it's a factor that contibuted to Death of Malaysian.

I wanted to share a Statistic with everybody, so that we alert about it.

In terms of safety at work, the workplace has become a dangerous place for workers in Malaysia.There were 85,869 industrial accidents in Malaysia in 2001.These accidents resulted in 958 deaths and permanent disability to 11,162 workers. The numberof road accidents escalated with an average of 16 people dying daily due to road accidents in 2001.

Injuries including road traffic accidents is third cause of admission and fifth cause of death in Malaysian government hospitals in 2003. In the year 2003 about 17 people are killed a day.(Health Facts, 2003). The incidence rate of motor vehicle accidents in Malaysia 2000 was 107.64 per 10,000 population (Ministry of Health Malaysia. Malaysia’s Health 2002). Motorcars aremost commonly involved, followed by motorcycles, lorries/vans (Royal Malaysian Police 2004). Road traffic accidents is a recognized dominant cause of injury and death among teenagers worldwide and in Malaysia. A national study in 1996 reported that most of the road injuries occurredamong 10-19 years (31.0%), followed by 20-29 years of age. Death were more common amongthe young adults, followed by adolescent (Epidemiology of Injuries 1997). In the year 2000,adolescent between 16-20 years were the majority (16.37%) of those who were involved in roadtraffic accidents. This was followed by those between 21-25 years (15.43%)(Royal MalaysianPolice 2004).

It's very sad people especially Malay still have no alert toward this matter. They never think of their love one that they left behind to inherit their wealth and debts. Have you all think about this???

Mandi Hadas, Info for Everybody


Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yg betul, ssorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini."Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui dirumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. "Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala". Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala". Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampaikemana2 bhgn anggota badan. Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala". Manakala bagi ppuan yghabis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkathadas nifas kerana Allah Taala".Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada dibadan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul, sekirany tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis, ia wajib la dibasuh."Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalangs ampai air ke badan khususnya di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrnya jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai, mandiwajib ssorg itu tidak sah."Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnyat lebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrnya tidak blh dibuang begitu mudah."Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutnya tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut.""tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrnya pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza."Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius olh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj matjais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelakidan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluarair mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj, iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah). "Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik."Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."

Monday, September 11, 2006

ALAHAI MUSIM DEMAM

Bila tiba musim nie...para ibu selalunyer lebih sakit lah. Sebab x leh tidorq. Ye la nnt temperature tiba2 naik, takut pulak kena sawan. Nau'zubillah.

On friday lepaih Wafa Demam Panas. Sedih bebenor nengokkn dia. Tapi bdk2 nie semua kalau demam active gak. Sampai kekdg tak tau diaorg sihat atau tak. But lucky that we got Ear Thermometer, dpt check temperature dgn cpt & accurate. Wafa pun mcm x kisah. Bila nk check jer, dia kasi telinga dia & tunggu the beep.
Tapi yg sedihnye, masa pagi sabtu bawak Wafa g klinik yg 24 hrs, Dr. tgh tido, assist dia kejutkn. Dr. ni cuma pegang kepala Wafa, then dia check lung & tekak. Pas 2 dia tulis nama ubat n ckp ok. Terkezut sgt sbb dia x check pun temperature. So, i ask him why tak mskkn ubat "SUB" kat Wafa coz temp dia sgt tinggi 39.4. The Dr. said Ok la kalau nk i buleh mskkn. Then i went back dgn perasaan x puas hati. The result, demam Wafa x kebah2 pun. Petang 2 gi Klinik Famili, recheck. Baru puas hati ngan explaination Dr.
At last Wafa Ok. Being active sesgt. Mlm tur ok la jugak dia nyer temp. Tapi every hr i check gak. Sbb Dr. advice kalau temp naik lg bwk terus g spital. Hrp2 tak ler (leceh). Somehow, on Sunday temp dia naik turun balik. Entah ler apasal lak jd lagu tu. So, today nk repeat kat Dr. balik kalau she's not OK this everning. Coz' mcm ada dot2 kt badan dia.....hopefully OK ler. Sian Cayang MAMA yg kecik nie. Love u Wafa n get well soon.

Thursday, September 07, 2006

SEKOLAH SRI PINTAR

PENGENALAN
Sekolah Sri.Pintar Shah Alam diurus oleh Stirling Consulting Group Sdn Bhd. Sekolah ini telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu dan bermula pada tahun 1999. Pengambilan pelajar telah bermula dengan kumpulan pelajar pertama Tahun 1 seramai 50 orang. Setelah 5 tahun beroperasi dan memasuki tahun ke-6, Sekolah Sri.Pintar kini mempunyai hampir 200 orang pelajar terdiri dari pelajar Pra 5 dan 6 tahun, pelajar tahun satu hingga tahun 6, dengan purata 25 orang pelajar setiap peringkat umur dan kelas.
Sejak dari permulaan operasi, Stirling Consulting Group telah menyewa 2 lot bangunan rumah kedai tiga tingkat di alamat No 22 – 24, Jalan F7/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Melalui pengurusan berkesan, perbelanjaan berhemat dan pendekatan pendidikan yang unik, Sekolah Sri.Pintar dapat berdaya saing walaupun hanya bergantung kepada yuran perbelanjaan dari murid-murid dan suntikan modal Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang juga Ahli Lembaga Pengelola sekolah.


FALSAFAH PENDIDIKAN
Sekolah Sri.Pintar, Shah Alam ditubuhkan dengan falsafah pendidikan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, berdaya saing, berdaya maju dalam bidang akademik, agama dan teknologi maklumat serta mempunyai jati diri yang mantap dan berketerampilan

VISI
Menerajui Pendidikan Islam Pintar

MISI
Melahirkan pelajar yang pintar pelbagai cabang Ilmu, dan sedia beramal untuk agama, bangsa dan negara

OBJEKTIF PENUBUHAN
Menguasai dan meletakkan al-Quran sebagai tunggak ilmu pengetahuan
Melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu akademik, agama dan teknologi maklumat
Menzahirkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amal Islami
Membentuk minda pelajar dengan peradaban Islam dan akhlak mulia
Merintis metod-metod baru pendidikan seiring dengan dasar pendidikan negara dan setanding dengan perkembangan pendidikan bertaraf dunia


I have been thinking of this school for Irdina. But the problem is, it is too expensive.
Fees per mth RM280.00. But starting gedebak-gedebuk around RM2k (sumber bini boss, K.Ita). Mana nak cekau. Alamat nyer the safest way Sek Ren Goment.???

CAREER LIFE VS FULL-TIME HSE WIFE



WHAT A LIFE WITHOUT A FAMILY? HAVING A HAPPY FAMILY IS A TOKEN OF LIFE BUT WE REALLY CAN'T IMAGINE A FAMILY LIFE. SOMETIMES I FEEL THAT BETTER TO LIVE SINGLE BUT...MORE WORST!

WHEN I THINK THROUGHLY I FEEL THAT MY LIFE IS GREATER B'COZ I GOT A HUSBAND AND KIDS. WHAT ABOUT THE SINGLE PERSON? LONELINESS? NO WAY I CAN LIVE THAT WAYS. THANKS TO ALLAH, ALHAMDULILLAH!

At last i feel relief b'coz i meet my leader after work today. She motivate me to do better and persistent towards it. therefore i set in my mind, i MUST DO IT. coz' what happend to me last week is like a slap on my face and the impact are bombastic. thus, i wanted to make a new move starting from now on.....insyaallah.

And the first thing that i should remember is, i Must heLp people. b'coz a good helper will got their rewards eventhough tiny but it does matter. as long as our purposes of helping people achieved (QUOTED FROM CAROL).

Therefore, i should pull back my words to my hubby that i wanna quit from working life. but i just can't be a FULL-TIME HSEWIFE (not yet). i still need to help my family, build up with him. together. rather than hoping him alone to fulfill our dreams. coz man cannot be count. sometimes we never know what is going to happen to our relation. so, i want to prepare my self a guaranteed life in future with my lovely cutie. in which i can't replace with anything in this WORLD (mawi kn ada, hehehe).

And my personal view women nowadays must work and their own career for their safe side. if happened to be our life up side down we still got a way to resolve our future life and secure our valuable properties i.e our kids. otherwise for sure MAN got it coz' we are not capable in raising up the kids if we are jobless. and that moment there is nothing for us to regret with...but it's not 100% happened to all families, just too many cases nowadays! (hopes that it won't and never happend to me) :-(

Wednesday, September 06, 2006

a birThday ceLebRatiTioN aT sweNsen caFe, suBang paRade



This speacial year, we all celebrate kat Swensen Cafe. And it happened to be on Tuesday. So happy sgt sbb it an Earthquake Day. Baru ler puas dpt mkn ice-cream - 8 scoop & 8 topping. But yg sedih yer my favourite flavour i.e Sticky Chewy out of stock. Huhuhu.....

Somehow, everybody happy and enjoy the ice-cream including our sweet little waFa liYaNa.

i also give him a great present this year with several wishes, in which i hope all my wishes come true (terbalik kot ler sbb i yg buat wishes this year, hehehe jgn mrh cayang). Not to forget a beautiful bunch of red roses for him too.

Bila tgk semua happy i feel very2 happy and touching. But i truly hope that we could be happily ever after. Stay together as 1 family in our very own house. Ya, hopefully one wonderful day and that is one of my wish. That i always pray to ALLAH. Amin Ya Rabbal a'Lamin. Semoga kami sekeluarga diberkati ALLAH.

Semlm dah happy, Today, i have to face back the real life. I need to work out something to settle his problem. But as a wife we need to sacrifies.....it's true? May be, may be not! But for me I have too. Coz' love does matter. SyurgaKu di bwh Telapak kaki SuamiKu. :-)

Tuesday, September 05, 2006

hAppY biRthDaY cAyAnG!


Today's my lovely hubby birthday! Dah tua dah ler 35 year already.....

Tak tau nak kasi apa 4 him as present, dah tanya tp dia x nak apa2. Ye la kewangan pun x mengizinkn.

Somehow, HapPy BiRthDay semoga bertambah BunCit. he he he! Jgn mare yea. Pija Cayang Abang.....

B'coz he's the one and only my HubBy, duLu, Kini & sElaManye.

Monday, September 04, 2006

CoNfUsEd? BeEn CoNe FusioN






3sept2006 (Semalam Punya Cerita)
Today very early in the morning, buat pulut inti, sbb favourite IrdiNa. Bersama puLut ngan ikan kering (2 in 1). Teringat masa mkn ngan Tok, sedap betui. Tambah kalau sembang2 mesti tak ingat nak berenti. Paih tu ngantuk! Tengok Irdina ngan Darwisy mkn berselera, syiok plak.

Tengahari kami pi makan kendhuri kat Tg. Malim, Sue's Wed's Day. Alahai seronoknyer tgk pengantin. Malu2 jer. Teringat zaman masa kawin dolu2. Seronok betui bila jadi Raja Sehari nie. Unforgetable moment.....dah dekat 7 thn. Terasa mcm br semlm. Rupanyer dah 3 org anak. Tapi yang sedih nyer masih dok asing2. Once a week baru jumpa. Pas 2 bila nak separate balik pasti sedih dibuatnyer. Huhuhuhu. Sampai bila agaknyer??? I give myself a limit until end of this year to make decision. Antara sHaH aLaM @ taNjunG mAliM? Nampak cam senang jer nak decide tapi it's actually satu keputusan yg amat sukar dan menyiksakan. Fulamak heavy kan!

Then yg pasti singgah kat ConFuSion CaFe, minum Choclate BlanDed...best nyer kenikmatan yg dirasakan. Pas 2 jengok2 kedai Wartel hubby i. Dia ckp x leh nak jalan sbb assistant dia betrayed. Susah betui nak cari org yg honest skrg nie. Mula2 Ok pas tu mesti makan tuan gak. Sedih betui ngan dia, selalu kena tipu ngan kengkawan. Nasib Hubby i mmg kurang baik. And serba sedikit kami sekeluarga mesti terasa tempaih gaks.

Balik rumah terasa letih, sbb dr pagi lagi dok kecoh2. Lepak jap sambil baca suratkhabar. Petang tu cuci kereta. Malam temankan hubby gi jumpa partner dia. Nasib x menyebelahi sbb partner dia pun in trouble gak. Apa nak buat, ekonomi sgt kurang baik. Find other alternative.

Malam, Irdina terbangun dan terus ngamuk. Nangis jer. X leh tido nak tgk TV. Pas tu kena marah ngan PAPA. Kena pukul kat kaki. Lagi hebat la tangisan dia. MAMA dgr Irdina kena marah je terus rasa sebak. Sian x sampai hati. Tapi perangai dia lately nie menjadi2. Dah x tau nak buat apa. May be terlalu manja atau protes toward something. We as a parent should find a way to coupe with the situation. In order to ensure our kids well behave.

Konon2 bawak pi jejln promise nak berubah rupanya janji kosong. Budak2 zaman skrg dah advance, pandai tipu parents. X tau la. That's why education and the way we educate our child is important. So, I wanted to make a right decision in choosing a good education method and school for Irdina next year. Iyo itu satu lagi masalah yg dihadapi parents nowadays. But, yg penting anak2 boleh atau tak serap ilmu yg di ajari oleh CikGu...So decision should be made this month.WajIb.


Saturday, September 02, 2006

FaMiLy DaY

Wah Letih betul gi GENTING. But the most important things is that everyone happy with the Holiday...

On MerDeka Day we all lepak kat Dorsett Regency Hotel @ Jln Imbi, KL. A complimentary night.
Sampai ja kat Hotel, tak dan nak letak pungkok budak2 (darwisy & dina) dah jerit nak pi swimming. Then kami teruih turun pi swimming pool. Nasib baik tarak org. Tapi dia punya pool sejuk mcm ais da. Baru sat dok kat situ semua dah gigil mcm msk dlm air ais. wAFA pun join gak (the result she got FLU, hehehe). Tapi yg paling tahan sekali DarWisy ler. Dia tak mau naik even dah biru2. Terpaksa buat janji palsu ckp nak mai balik sat lg. Then balik ke hotel Darwisy & Wafa lena. Dina lak laparq, order mkn kat Hotel. Just OK, tak la sedap sangat.

About 11a.m pi Genting, enter at OutDoor Park. FamilY PacKage RM146.00 (3 parks). Depa x Sabarq nak main semua, tapi x sangka even not a Holiday, org ramai gak terpaksa queue for entrY. Esp Orang Arab ramai, may be depa cuti kot.
The favourite GamEs yg depa dok ulang BumPer Car. Ada la kat 8 round main 2 ja. Letih dok tunggu. Tapi depa enjoy sesgt.
Yg paling Darwisy takut sekali PoNtiAnaK. HE!HE!HE! Dup dap jugak la jantung dia bila lalu depan rumah tu.

At last around 4 ++, kami nak balik sebab semua dah rasa letih. Hujan lak. So stuck kat InDoor. Parking kat Genting Theme Park. So, gamble je lah. Jln tepi2, kabus punya ler tebal. Rasa mcm kat oversea lak. Pakat dok sejuk, terpaksa beli new jacket for Wafa sbb tertinggal kat Hotel.

Arrived about 7p.m @ Kota Kemuning. Tak leh nak rehat lagi. Wash all clothes, kemas brg2, jemur baju, mandi, msk dinNer,then bila selesai semua keja baru ler nak tido.....Wafa lak x leh nak tido sebab FLU. Sian dia. MAMA pun jadi mangsa ler. Sebab kena take care WaFa. Sampai FeninG kepala MAMA. At least tommorrow cuti, OK lar. Buleh bangun lewat sikit.

But.....awai2 lg WaFa dah kejutkn Mama. So terpaksa ler layan gak. At last, x larat gak kepala. Ask PaPa to take over. So I'm out again. zzzzzz.